Nabila Hanim Binti Abdul Malik :))

Nabila Hanim Binti Abdul Malik :))
puteri kedua mak abah <3

Tuesday, December 3, 2013

Doa Istikharah :)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk memilih yang baik menurut pengetahuanMu, aku memohon kepastian dengan kudratMu dan aku memohon dengan kurniaanMu yang amat banyak kerana sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa, Dikau amat Mengetahui sedangkan daku tidak tahu dan Dikaulah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika Dikau mengetahui bahawa urusan ini menentukan siapa jodoh baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkan aku padanya. Tetapi jika di dalam pengetahuanMu hal ini tidak baik untukku, agamaku, kehidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun pada masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah aku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada kemudian redhakanlah aku kepadanya. Sesungguhnya Dikau berkuasa di atas segala sesuatu. Aminnnnnn :)

No comments:

Post a Comment